Tiada Warga Kerja TNB Disogok


Operasi Bersama TNB & SPRM: Tiada Warga Kerja TNB Disogok

Berlaku kekeliruan yang mungkin disebabkan salah faham dan kesilapan laporan sebahagian media mengenai kononnya warga kerja TNB menerima sogokan dari sindiket mencuri elektrik untuk melombong bitcoin.

Hakikatnya, kaedah operasi sulit TNB bersama SPRM ini memerlukan intipan secara penyamaran yang mengambil masa lebih dua tahun sehingga tindakan undang-undang dapat diambil terhadap mereka yang terlibat.

Tiada warga kerja TNB yang ditahan kerana disahkan tiada warga kerja TNB yang menerima habuan dari anggota sindiket. 

Hasil inisiatif bersama ini telah menangkap 18 individu melibatkan 7,209 kes sejak 2018. SPRM juga berjaya membekukan 126 akaun bank bernilai RM4.47 juta membabitkan 97 individu serta 29 syarikat. 

Daripada 18 dalang sindiket yang ditangkap, salah seorang mempunyai 500 unit rumah kedai yang disewa untuk aktiviti perlombongan bitcoin secara haram.