Paip Air Pecah Di Keramat

Paip Air Pecah Di Keramat


Petang tadi admin sempat pergi ke lokasi paip pecah. 

1. Paip pecah berpunca daripada kecuaian semasa mencabut sheet pile sehingga berlakunya tanah runtuh mengakibatkan paip berganjak dan pecah. 

2. Method yang digunakan untuk mencabut sheet pile tidak betul punca berlakunya kebocoran. 

3. Tiada penyelia tapak dari pihak air selangor

4. Sheet pile tidak melindungi keliling kawasan pengorekan dengan sempurna ( tengok pada gambar) ini kerja orang BODOH.! 


5. Kami bertegas kepada MPAJ, AIR SELANGOR, AHLI MAJLIS DAN ADUN supaya melantik kontraktor yang berkaliber untuk projek seperti ini. ( MENYUSAHKAN PENDUDUK) 

6. Mana pergi safety yang handle projek nie? Nie semua kontraktor bodoh yang menyusahkan penduduk. 

7. SAFETY MENGARUT,  TMP MENGARUT,  KONTRAKTOR MENGARUT. 

Last sekali tolong jangan menyusahkan penduduk taman keramat. Dah macam acara mingguan dan bulanan air tiada nie. 

Salam dari BUDAK KERAMAT!

Gunung Korbu Bukan Formasi Vulkanik Gunung Berapi

Gunung Korbu Bukan Formasi Vulkanik Gunung Berapi


Gunung Korbu, gunung tertinggi dalam rangkaian gunung di atas Banjaran Tiriwangsa mempunyai bentuk seakan-akan gunung berapi tua. Tetapi adakah ia merupakan sebuah gunung berapi pada masa lalu?

Jika melihat kejadian Banjaran Titiwangsa yang terjadi akibat pertembungan sub plet daratan Sibuma dan sub plet daratan East Malaya, zon yang membolehkah terjadinya gunung berapi ialah pergunungan yang menjadi sempadan Kelantan dan Terengganu. 

Bukti tentang formasi tersebut ada dalam catatan geologi negara ini.

Jadi, Gunung Korbu bukan formasi vulkanik dan bentuk seakan gunung berapi ini hanyalah kebetulan dari mampatan kerak bumi yang mengakibatkan batuan di situ menonjol menjadi puncak Korbu dan Gayong jutaan tahun silam.

Jambatan Keretapi Lama Pinang Tunggal

Jambatan Keretapi Lama Pinang Tunggal


Perbandingan lokasi Jambatan Keretapi Lama Pinang Tunggal yang merentangi Sungai Muda seperti yang terpapar di dalam peta [Malaya 1:63,360] / F.M.S. Surveys yang diterbitkan oleh Federated Malay States. 

Survey Department pada sekitar tahun 1943 dengan imej satelit Google Earth tahun 2022. Jambatan bersejarah yang dibina pada sekitar tahun 1910an (Pembinaan jajaran landasan keretapi Bukit Mertajam - Alor Setar adalah sekitar tahun 1912) ini telah menamatkan operasinya pada tahun 2008 dan peranannya digantikan dengan Jambatan keretapi baru yang terletak tidak jauh daripada jambatan lama. 


Terdapat 10 Jenis Bahayanya Gajet Pada Anak-anak

Terdapat 10 Jenis Bahayanya Gajet Pada Anak-anak


10 BAHAYA GAJET PADA ANAK

Terdapat 10 Jenis Bahayanya Gajet Pada Anak-anak.. 

1. Bantut tumbesaran otak.

Kajian oleh Universiti of Washington, sebelum kanak-kanak boleh bercakap, otak mereka membesar 3 kali ganda.  Banyak proses pembelajaran berlaku sebelum usia 5 tahun. Gadget tidak diperlukan dalam perkembangan otak kanak-kanak dan boleh dilakukan melalui bercakap dengan mereka dan bacakan buku.

2. Gangguan sistem kognitif. 

America Academy of Pediatrics(AAP), mengatakan tiada rancangan pendidikan untuk kanak-kanak dibawah 2 tahun kerana mereka tidak mempunyai keupayaan kognitif untuk memahami program tersebut.  Rancangan ini boleh menggangu proses mula bercakap untuk kanak-kanak kerana mengganggu masa ‘berborak’ antara ibu bapa dan anak.

3. Perkembangan fizikal terbantut. 

John Ratey, seorang doktor di Harvard, menjelaskan dalam bukunya, Spark: The New Revolutionary Science of Exercise and the Brain, bahawa kelebihan bermain walaupun selama 10 minit aktiviti fizikal mampu mengubah cara fungsi otak. Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun menghabiskan lebih banyak masa di depan skrin dan bukan bermain di luar rumah.

4. Anak lebih agresif. 

Sesetengah permainan yang terdapat di internet mengambarkan seks, pembunuhan, penyeksaan dan kecacatan yang boleh membuat kanak-kanak ganas dan agresif.

5. Sukar tidur. 

Skrin telefon mengeluarkan bluelight yang menggangu pengeluaran hormon melatonin iaitu hormon mengawal tidur dan bangun kita. Prof Dr Muhaya mencadangkan,sejam sebelum masa tidur,jauhkan anak-anak dari apa-apa gajet untuk mendapat tidur yang kualiti.

6. Obesiti. 

Terlalu selesa bermain gajet yang sudah pasti hanya duduk diam dan menyebabkan anak kurang bergerak. Jika berterusan,risiko obesiti akan meningkat.

7. Kurang bersosial. 

Terlalu fokus dengan gajet hingga tidak hiraukan keadaan sekeliling.Tak hiraukan siapa yang datang dan tak dengar siapa yang tegur.

8. Risiko barah otak. 

Radiasi telefon diklasifikasikan sebagai “Kemungkinan Karsinogenik Terhadap Manusia” oleh WHO. Lebih teruk, kanak-kanak menyerap lebih 60% radiasi ke dalam otak disebabkan kulit otak, tisu-tisu dan tulang yang lebih nipis.

9. Ganguan Psikologi. 

Kanak-kanak yang menghabiskan lebih daripada 32 jam di depan skrin atau media lain lebih cenderung mengalami masalah psikologi. Ini termasuk kemurungan kanak-kanak, kecemasan, defisit perhatian dan tingkah laku kanak-kanak yang bermasalah.

10. Rosak penglihatan. 

Kesan penggunaan gajet keatas mata anak seperti pengliahatan kabur,rabun jauh,mata kering dan rosak saraf mata disebabkan sinar UV.

Perbezaan Status MySejahtera Verified Dan Verify Now

Perbezaan Status MySejahtera Verified Dan Verify Now

Apa perbezaan VERIFIED dan VERIFY NOW?.

Verified-menunjukkan maklumat vaksin COVID-19 anda telah disahkan(lagi senang nak faham,akaun MySejahtera anda dah berjaya disahkan..tak perlu gatal tangan nak usik apa-apa..)

Verify now-menunjukkan maklumat vaksin COVID-19 tidak disahkan lagi(boleh CHECK di COVID-19 VACCINATION)..

Bukan masalah apa-apa pun..yang tertera VERIFIED tak perlu buat apa-apa..

Jangan Gunakan Duit KWSP Untuk Pelaburan Saham Dan Kripto

Jangan Gunakan Duit KWSP Untuk Pelaburan Saham Dan Kripto


Duit KWSP dah dapat nnt jangan terpedaya dengan borak nk konsisten dalam saham / keripto. 

Dalam dunia trading , tiada istilah fast money .

1. 99% trader akan merasa rugi dan emosi terganggu . 

2. Cari guru bertauliah , yuran serendah bawah rm500 pun ada. Nk melabur kena melabur ilmu , bukan terus tembak masuk keripto / bursa . 

3. Dunia saham / keripto adalah 99% risk yang boleh merugikan wang dan masa . 1% beli dan  99% menunggu waktu terbuang / saham naik. 

4. Jangan sesekali terjerat dengan sindrom cepat kaya , 10k boleh jadi 100k dlm masa 3 tahun ( tak mustahil kalau masuk kaunter FA yang kuat / crypto yang roadmap bagus) tapi kalau masuk kaunter penny / shitcoin . Elok elak kan la.... 

5. Jangan rugikan 10k korang dengan masuk kaunter / token yang FA x kuat.

6. Ramai terpedaya dengan profit siput siput , tapi tak ramai yang tau bahawa jika beli token/coin yang tiada usecase maka sia sia la 10k tu. Baik ko tembak porek pair gold biar MC tak de la sakit hati dari kena kencing dengan siput siput yang acah² dia dh atasi 5 stages ( Unconscious Incompetence ,Conscious Incompetence , The Eureka Moment , Conscious Competence ,Unconscious Competence) google kalau x tau. ( 5 stages become traders)
 
7. Sebelum nak join , check dulu dekat sc samada legit kee tak guru tu.. sembang pumpang suruh tunjuk portfolio la ... Orang lain main saham 1 tahun fasa rugi dan seterusnya nnt anda rasa la sendiri.. 

Kalau FOMO  sangat nk pulangan long term tembak la Btc , luna , eth , mana atau top 10 market.

Ingat jangan sia siakan 10K tu dengan terpedaya dengan ayat ayat manis siput siput keripto shitcoin. 

Gambar Sekadar hiasan.

Ini Adalah Ular Tak Boleh Dibunuh Dan Mati

Ini Adalah Ular Tak Boleh Dibunuh Dan Mati


Semalam di Nat Geo Wild, telah diumumkan bahawa ular yang sangat berbahaya baru sahaja ditemui. Saintis mendakwa bahawa ular spesis baru. Menurut Nat Geo Wild, ular tersebut akan bertambah 0.5 cm panjang setiap kali ia makan dengan sekali suapan setiap 30 saat atau kurang.

Ular ini tak boleh dibunuh atau di cederakan oleh senjata malahan ia mati hanya apabila ia menggigit dirinya sendiri.

Huh.. mengejutkan bukan? 

Saintis mendakwa bahawa hanya ada satu-satunya cara ia boleh dibunuh tetapi masih diteruskan untuk mencari cara-cara baru ular ini boleh dibunuh. 

Ini adalah ular yang paling beracun dan dahsyat pernah direkodkan dalam sejarah manusia. Ular ini hanya boleh di dapati dalam Nokia 3310 telefon mudah alih di bawah pilihan permainan, ular Xenzia.

Terima kasih kerana berhati-hati dan sabar membaca ini. 😁