Celcom Xpax Postpaid 60 Dan 40 Bukan Unlimited


Celcom Xpax Postpaid (Unlimited): Lawak Apa Hari Ni?

Are you ready for this ride?

Telco dan promosi tidak jujur berpisah tiada. Entahlah, walaupun dah berkali-kali disaman, puak ini masih tegar berkhayal dalam dunia mereka sendiri, seolah-olah terpisah daripada realiti dan tidak berpijak di bumi yang nyata.

Sama seperti polisi 'duit makan bengkel' kerajaan. RM20 sehari tapi nak mintak makan macam-macam.

Ehh.

Plan Xpax Postpaid ini jika dilihat dari 'kulit' luarannya memang nampak menarik. Sekali imbas, bagaikan plan rakyat marhaen hendaknya.

Tetapi seperti biasa bila diteliti ruangan Terms and Conditions, kita akan mendapati bahawa plan yang dipromosikan adalah tidak jujur dan selayaknya dilabel sebagai 'misleading/false advertising'.

Selak punya selak, anda akan menjumpai:

1. Unlimited (720p HD-quality streaming)
*Up to 6 Mbps

2. Unlimited HD Facebook, Instagram
*Up to 6 Mbps

Nampak macam ok, kan? Cuma bila dibaca hingga ke penghujung, barulah kita akan nampak ayat seperti berikut:

"Fair Usage Policy for Xpax Postpaid RM40 and RM60 plans are capped at 150GB, thereafter, the video experience via YouTube. Facebook & Instagram will be managed."

Apalah salahnya awak kalangan puak Celcom letakkan plan ini dengan nama 'Xpax Postpaid 150GB'? Kan itu lebih jujur, jelas, dan tidak menipu bakal pengguna?

Berapa tahun lagi kita nak hadap telco yang menyalahgunakan terma 'unlimited' ini?

Well, I've kept it real. Have you (Celcom)?