Petang ni tadi singgah di stesyen minyak PETRONAS. Sambil mengisi minyak terlihat sebuah lori tangki sedang menyalurkan minyak ke tangki simpanan bawah tanah.
Terlintas di benak, ini blh buat content tulisan utk tatapan pembaca. Lalu selepas mengisi minyak saya pun mendekati pemandu lori tangki.
Ramai yang tahu isi minyak kereta motor saja tapi tak tahu bagaimana minyak boleh disediakan di stesyen minyak utk kita masukkan ke dlm tangki kenderaan.
Selama ini saya ingatkan sebuah tangki minyak akn membawa sejenis minyak saja. Rupanya menurut pemandu tangki lori PETRONAS itu sebenarnya tangki minyak ada tiga jenis saiz.
Yang paling kecil ada 6 bahagian @ compartment. Tangki yg sederhana ada 8 compartment, manakala yg besar ada 10 compartment.
Tangki yg berada di hadapan saya ini ialah jenis 6 compartment saja dgn isian 32,000 liter minyak. Bagi setengah stesyen minyak yg besar akn menggunakan tangki yg lbh besar iaitu yg 8 atau 10 compartment.
Rupanya ia dipecahkan sedemikian kerana membawa tiga jenis minyak iaitu diesel, petrol RON95 dan petrol RON97 sekaligus.
Minyak disimpan dlm tangki bawah tanah sebelum disalurkan ke pam. Sebenarnya sebelum ianya masuk ke tangki kenderaan kita minyak ini telah melalui satu filter pada pam.
Ia akn menapis kekotoran (jika ada) sebelum minyak ini masuk ke dalam sistem pembakaran dalam injin.
Kita sebagai pengguna terakhir @ end users saja. Tahukah kita bagaimana proses sebelum minyak dihantar ke stesyen minyak?
Minyak digali dari bumi dalam bentuk minyak mentah @ crude oil. Minyak dikira dalam unit barrel @ tong.
1 barrel bersamaan 42 US gallons atau 159 litters @ 35 imperial gallons.
Malaysia mengeluarkan 762,000 tong minyak mentah sehari. Kebanyakannya pelantar minyak terdapat di perairan Terengganu, Sabah dan Sarawak.
Pengeluaran ini tidaklah dikira bnyk tetapi disebabkan harganya tinggi, ia menjadi salah satu sumber pendapatan negara yg penting.
Minyak mentah ini diproses di Kerteh, Terengganu dan di Lutong, Sarawak. Oleh kerana minyak yg kita hasilkan punyai grade premium, maka ia dieksport ke luar negeri utk minyak kapal terbang.
Sebahagian kecilnya diproses utk kegunaan domestik. Namun sebahagian besar minyak yg kita gunakan adalah berasal dari timur tengah.
Kita import minyak mentah dgn kapal tangki dan diproses di logi penapisan minyak milik PETRONAS di Tanjung Minyak, Melaka.
Di Port Dickson terdapat dua logi penapisan minyak. Satu milik SHELL dan satu lagi milik PETRON yg dulunya adalah ESSO.
Tak pasti pula minyak BHP dan CALTEX diperolehi dari logi yg mana?
Bagaimana minyak diproses di loji penapisan minyak?
Ia sebenarnya adalah satu proses yg rumit. Secara ringkasnya terbahagi kpd 3 peringkat.
Peringkat pertama ialah memproses minyak mentah untuk dijadikan "sweet crude".
Peringkat kedua ialah menjadikan "sour crude". Dlm setengah tempat, ia mungkin dilakukan di logi yg lain atau di tempat yg sama.
Peringkat ketiga ialah penyulingan yg dilakukan dalam relau.
Terdapat 3 kategori penyulingan:
Penyulingan ringan akn menghasilkan LPG, petrol dan nafta.
Penyulingan sederhana akn menghasilkan minyak tanah, bahan api jet dan diesel.
Penyulingan berat akn menghasilkan minyak bahan api berat, minyak pelincir, lilin dan asphalt (tar).
Begitulah perkongsian saya petang ini lantaran terlihat lori tangki PETRONAS.
Penulis Megat Hisemudin.