Menara KLCC Telah Mendap Dan Condong


Lagi mengenai sejarah pembinaan Menara Berkembar Petronas. Kerja mengorek asas Menara Berkembar Petronas dimulakan Mac 1993 selepas pemaju memindahkan tapaknya 60 meter ke arah tenggara. Ini kerana penggerudian menunjukkan keadaan batu dasar yang tidak lazim yang menyukarkan kerja menegakkan menara berkembar tersebut.

Apatah lagi ia merupakan projek konkrit terbesar di dunia yang lebih murah dari besi seperti budaya binaan pencakar langit pada ketika itu tetapi mempunyai berat dua kali ganda.

Korekan sedalam 21 meter dibuat. Bersamaan 7 tingkat rumah flet. Kemuncak kerjanya mencatat 500 lori tanah digunakan bagi memindah keluar tanah setiap malam.

Untuk menanggung sebuah pencakar langit seberat 300,000 tan metrik tentulah sukar apa lagi dua buah. Kerja konkrit tanpa henti terpanjang di Malaysia tercatat  ketika ini dengan 54 jam menggunakan satu lori simen setiap 150 saat ketika pembinaan rakit konkritnya.

Setiap menara disokong 104 cerucuk termasuk yang mengisi rompongan di bawah batu dasar. Kemudian rakit konkrit setebal 4.6 meter dibina melantai kedua dua menara.

Keseluruhan kerja ini mengambil masa setahun .


Dalam rujukan lain di Business Insider, ketika mengulas tentang bangunan mendap di San Fransisco seorang pakar menyebut Menara Berkembar Petronas telah mendap 3 inci atau 6.8 cm dan condong setengah inci atau 1.6 cm sejak ia siap dibina dan ia merupakan nilai yang  dikira masih boleh diterima oleh kejuruteraan.