Sungai Yamuna Adalah Sungai Terkotor Di Dunia


Antara sungai terkotor di dunia pula ialah Sungai Yamuna di India. Disebabkan sikap masyarakat yang tidak prihatin tentang kelestarian alam dan juga kerana kurangnya kesedaran tentang kebersihan maka lebih kurang 58% sampah daripada Kota Delhi telah dibuang ke dalam sungai ini. 

Walaupun Kerajaan India telah mengeluarkan belanja yang besar untuk membersihkan sampah di sungai ini namun disebabkan sikap masyarakat yang suka membuang sampah ke dalam sungai maka dalam waktu yang sekejap sahaja sungai ini telah menjadi sungai yang tercemar kembali. 

Sungai tercemar lainnya ialah Sungai Gangga yang merupakan sungai suci bagi orang Hindu. Sungai ini bukan hanya menjadi tempat pembuangan sampah bahkan turut menjadi tempat “pengebumian” mayat dan tempat membuang abu mayat. Selain itu, banyak juga bangkai haiwan seperti Lembu di dalam sungai ini.

Betapa bahayanya sungai ini sehinggakan pakar mengatakan bahawa tinggal di kawasan ini akan menyebabkan mudah terkena kanser berbanding dengan mana-mana tempat di India.