Tindakkan Atau SOP Gempa Bumi Apabila Berada Dalam Bagunan


1. Tunggu tremor (gegaran) berhenti, kira sampai 60, baru keluar  bangunan.

2. Masa gegaran berlaku, jangan duduk di tepi tingkap, almari serta di bawah lampu chandelier.

3. Bersujud sambil cover tengkuk dalam Triangle of Life di bawah meja. Triangle of Life ialah garisan imaginary yang membentuk segitiga dengan 2 sudut 45° berdasarkan salah satu tiang meja.

4. Buat Roll Call untuk semua orang dalam bilik berkenaan. Umpukkan setiap orang dengan nombor. Usah buang masa mencari orang yang anda tidak pasti berada di dalam bilik itu atau tidak pasti masih hidup. 

Laporkan mereka yang tidak diketahui lokasinya atau yang ditinggalkan di dalam bangunan kepada pasukan penyelamat.

5. Turun melalui tangga sahaja. Ikut kiri. Sentuh dinding dengan belakang tangan untuk mencari arah. Gunakan  bahagian sebelah kiri tangga untuk turun. Buat rantai manusia semasa menuruni tangga. Jangan gunakan lif.

Nota: Kalau pakai jam berjarum, tengok jam. Jam berhenti pada time gempa. Ini experience tahun 1993 dulu.