Pengkhianatan Barat ataupun Western Betrayal Atau Yalta Betrayal


Pengkhianatan Barat ataupun Western Betrayal/Yalta Betrayal ialah perkara yang berlaku sejak sebelum Perang Dunia Kedua lagi.

Negara seperti Czechoslovak dan Poland sudah "terkena" dengan pengkhianatan Barat ini.

Poland pada 1939 memperlekehkan kekuatan negara Jerman (kerana Jerman kalah Perang Dunia Pertama) dan yakin England dan Perancis akan melindungi negara mereka jika Jerman menyerang.

Tetapi apabila Jerman betul-betul menyerang Poland, negara yang berjanji akan melindungi mereka senyap sunyi tidak membantu.

Malah, Perancis memutuskan terus komunikasi agar Poland tidak dapat menghubungi pemimpin Perancis.

Lebih teruk, Perancis menghantar infomasi kepada Poland bahawa divisyen kereta kebal German sudah dikalahkan di sempadan walaupun sebenarnya Perancis yang mengundurkan tentera dari sempadan.

Akhirnya Poland berjaya ditakluk oleh Jerman dalam masa singkat tanpa apa-apa bantuan dari kuasa Barat yang berjanji akan melindungi negara itu.

Dan perkara sama juga berlaku di Ukraine sekarang ini.

Ukraine dihasut oleh NATO agar menyertai mereka dan diberikan senjata canggih untuk melawan Russia. Ukraine berharap bahawa NATO akan melindungi mereka.

Dan ini mengundang kemarahan Putin kerana ia mengancam keselamatan negara Russia.

Dan sekali lagi Pengkhianatan Barat berlaku apabila tiada negara pun seperti US yang sebelum ni "mencucuk" Ukraine agar berkonfrontasi dengan Russia turun membantu.

Itulah pentingnya belajar sejarah bagi mengelakkan kesilapan sama dibuat.

Jangan terpengaruh dengan janji-janji manis negara asing kerana kepentingan mereka hanyalah untuk diri mereka sendiri.