Perang Dunia Kedua Yang Menggunakan Paradummy


Nampak tak patung yang dipegang oleh seorang anggota tentera itu? Sebenarnya ini adalah patung tentera payung terjun pihak berikat ketika operasi "Overlord" sebelum serangan amfibia D-Day pada 6 Jun 1944.

Salah satu operasi "Overlord" dalam serangan tentera payung terjun US Arborne dan British Paratroops dengan kekuatan sekitar 20 ribu anggota. Tidak cukup dengan 20 ribu anggota, pihak berikat menggunakan beratus2 lagi tentera payung terjun yang terdiri dari patung2 yang berupa askar payung terjun berikat.

Operasi ini digelar "Titanic". Tujuan menggunakan patung2 ini adalah untuk mengalihkan tumpuan tentera Jerman di Normandy dan membuat huru hara dikalangan mereka. Patung2 ini ada nama samaran.

Pihak British menggelarnya sebagai "Rupert", manakala tentera US pula menggelar patung2 ini "Oscar". Pihak Jerman setelah terkena "Tipah tertipu" ini menggelarnya sebagai "Gummipuppen" iaitu "Rubber dolls" atau "Dummy dolls".

Rupert ini apabila mendarat sahaja, ianya akan mengeluarkan bunyi2an seakan2 bunyi tembakan yang sebenarnya mercun yang dipasang dibadan2 patung ini. Rupert dan Oscar berjaya memporak perandakan pertahanan Jerman pada awal2 "Operasi Overlord" pada 6 Jun 1944.

"Rupert" di dalam filem epik "The Longest Day": https://www.youtube.com/watch?v=2BMGUQwiyvA

Sumber Kredit Mohd Aznam bin Abdul Rahman - Facebook Pages Lovers Of The World Military & Defence.