Paip Pecah Di Jalan Seruling 59 Taman Seri Andalas Klang


Air Selangor ingin memaklumkan bahawa telah berlaku kejadian paip pecah di Jalan Seruling 59, Taman Seri Andalas, Klang. Berikutan itu, Air Selangor perlu menjalankan kerja-kerja kecemasan bagi membaiki paip pecah tersebut. Bagi memastikan kerja-kerja pembaikan ini berjalan lancar, bekalan air di kawasan yang terjejas akan ditutup mulai jam 8.00 malam, 28 Februari 2022.

Justeru, penutupan bekalan air ini akan menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual di 11 kawasan di Wilayah Klang. 

Kerja-kerja pembaikan ini dijangka akan siap sepenuhnya pada jam 4:00 pagi, 1 Mac 2022, dan bekalan air akan mula disalurkan kepada premis pengguna setelah kerja-kerja pembaikan siap dilaksanakan. Tempoh masa pemulihan bekalan air kepada pengguna adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna.

Para pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300. Air Selangor juga ingin menggalakkan para pengguna untuk mengajukan sebarang pertanyaan atau aduan menerusi saluran komunikasi tanpa suara di Help Centre yang boleh didapati di www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.

#AirSelangor #2802Klang