Daxin Adalah Alat Penggodaman Dari China


Penyelidik dalam firma keselamatan siber AS, Symantec berkata, mereka telah menemui alat penggodaman China yang sangat canggih, di mana ia dapat menyembunyikan diri daripada dikesan secara umum selamat lebih sedekad.

Penemuan itu telah dikongsi dengan kerajaan AS dalam beberapa bulan kebelakangan ini, dan ia juga telah dikongsikan bersama rakan kongsi asing. Alat penggodaman yang dipanggil sebagai 'Daxin' itu, telah diterbitkan penyelidikan mengenainya pada hari Isnin lepas.

Menurut pengarah bersekutu dengan Agensi Keselamatan Infrastruktur Keselamatan Siber A.S. (CISA), Clayton Romans, alat tersebut merupakan sesuatu yang belum pernah dilihat sebelum ini.

CISA telah mengumumkan kemasukan Symantec ke dalam perkongsian maklumat keselamatan siber awam-swasta bersama, yang juga dikenali sebagai JCDC.

JCDC, atau Joint Cyber Defense Collaborative, ialah kolektif agensi pertahanan kerajaan, termasuk FBI dan Agensi Keselamatan Negara, serta 22 syarikat teknologi A.S. yang berkongsi risikan tentang serangan siber aktif antara satu sama lain.

Setakat hari ini, kedutaan China di Washington tidak menjawab permintaan untuk komen. Pegawai China sebelum ini berkata negara itu turut menjadi mangsa penggodaman dan menentang segala bentuk serangan siber.