Bulan Ramadhan 2 Kali Pada Tahun 2030


Tahun 2030 dipercayai sebagai hari istimewa bagi umat Islam di seluruh dunia. 

Sebabnya, pada tahun tersebut umat Islam akan menyambut Ramadan sebanyak dua kali iaitu pada awal tahun dan akhir tahun.

Berdasarkan pengiraan kalendar Hijrah 1451-1452, Ramadan pertama pada 2030 akan bermula pada 5 Januari. Sementara itu, Hari Raya Aidilfitri berlangsung pada hari Khamis, 4 Februari.

Manakala Ramadan kedua akan bermula pada hari Khamis, 26 Disember, atau sehari selepas sambutan Krismas 2030. Keadaan ini juga berlaku pada tahun 2000 dahulu. 

Permulaan Ramadan berlangsung pada 5 Januari manakala permulaan Ramadan kedua pada 27 Disember.

Macam mana boleh jadi? Ini berlaku kerana pengiraan bulan Hijriah dan Masehi adalah berbeza. Bilangan hari dalam tahun Gregorian ialah 365 hari. Sedangkan tahun Hijrah hanya mempunyai 355 hari. 

Dalam kes ini terdapat perbezaan 10 hingga 11 hari dalam setahun. Inilah yang menjelaskan bulan Ramadhan sentiasa memajukan 10 hari setiap tahun Gregorian.

Dengan pengiraan ini, akan ada dua Ramadan setiap 30 tahun dan dua hari raya dalam tempoh 36 atau 37 tahun.

Ya Allah, panjangkan umur kami semua
supaya kita semua dapat merasai setiap bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan, setiap nafas, setiap hari dahaga.

Fah tah'dzal arsya aminn allahuma amin qobull.