Pahlawan Rentap Dan Silat Kuntau


Terdapat beberapa catatan yg mengatakan bahawa Rentap lagenda pahlawan kaum Iban, selain daripada memiliki pelbagai ilmu pertahanan diri dan ilmu kebal, beliau juga mempunyai ilmu pertahanan diri tradisional iaitu seni Silat Kuntau.
 
Secara jelasnya, catatan ini terdapat di dalam Sejarah Rentap yg ditulis oleh Prof Low Kok On daripada Universiti Malaysia Sarawak:

“Rentap ini, dia diajar Kuntau. Kuntau ini ia adalah satu silat tradisional (bagi) kaum Iban dan Bidayuh.”
 
Namun sebenarnya Rentap yg disebutkan di dalam teks tersebut merupakan Rentap yg berlainan dengan Libau Anak Ningkan. Rentap yg dimaksudkan itu adlh seorang lagenda Iban di zaman silam sebelum muncul penggantinya iaitu Rentap Libau anak Ningkan.
 
Agi Idup, Agi Ngelaban!!

Kebenaran Sejarah Rentap Dan Silat Kuntau https://youtu.be/fx_g_6gKMuc