Berita Malai Akhbar Propaganda Jepun


Akhbar yang ditubuhkan pada tahun 1943 selepas beberapa bulan pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Ia merupakan gabungan daripada Akhbar warta Malaya dan Utusan Melayu. Warta Malaya telah dibeli oleh Ibrahim Yaakob dengan wang yang diberikan oleh pihak Jepun.

Antara penulis terkenal yang menyertai akhbar ini ialah A.Samad Ismail,Pak Sako dan Yusof Ishak. Menurut A.Samad Ismail, akhbar Berita Malai atau Malay Sinpo digunakan untuk menyebarkan pro paganda dan mesej Wawasan Timur Raya yang dicanang oleh Jepun sebelum menjajah kawasan asia tenggara.

Isu isu yang dimainkan sebelum ini seperti isu taktif melayu yang hebat diperjuangkan oleh Utusan Melayu, isu tanah simpanan melayu Imigresen, penyertaan orang  melayu dalam pentadbiran dan kemajuan orang melayu.

Sebelum akhbar ini diluluskan untuk siaran ia perlu mendapatkan kelulusan daripada cencor Jepun.

Tetapi selepas beberapa ketika ada wartakimdal. Ada wartawan yang kecewa dengan dasar Jepun yang dilihat tidsk mahu memberikan kemerdekaan kepada Malaya. Yusof Ishak yang kecewa dengan dasar Jepun ini telah berhenti daripada Berita Malai dan menjadi petani di PUlau Bintan dan tempatnya diganti A.Samad Ismail.

Akhbar ini memainkan peranan besar dalam menyebarkan propaganda Jepun kerana memiliki alat percetakan yang tercanggih pada zaman itu kerana akhbar ini beroperasi di NST yang memiliki teknologi percetakan yang termoden pada masa itu.

Peristiwa Orang Melayu Bab 8 halaman 77-80