Mary Ann Bevan Wanita Terhodoh Di Dunia


Dikenali sebagai Mary Ann Bevan, dia digelar sebagai “wanita yang terhodoh di dunia”.  Namun di sebalik gelarannya itu tersembunyi kisah hidup yang sangat menyentuh hati.

Mary Ann menghidap sejenis penyakit iaitu Acromegaly yang menyebabkannya mengalami pertumbuhan tidak normal dan wajah yang menyerot.

Selepas kematian suaminya, dia dan 4 orang anaknya hidup miskin terbuang dibebani hutang dan masalah kewangan.

Demi ingin menampung hidup anak-anaknya, Mary memutuskan untuk memasuki satu pertandingan manusia pelik. Di dalam pertandingan itu, dia berjaya memenangi gelaran “Wanita yang terhodoh di dunia” sekaligus diambil berkerja di dalam kandang sarkas dimana dia akan diarak  ke bandar bandar untuk tontonan orang ramai  yang datang melihatnya semata untuk menjadikannya bahan ketawa dan cemuhan.

Dia meneruskan hari-harinya di sarkas sebagai bahan ejekan dan hinaan demi memastikan anak-anaknya tidak merempat di jalanan dan mempunyai kehidupan yang lebih baik sehingga ke akhir hayatnya. Mary ann meninggal dunia pada tahun 1933.

Sehingga ke hari ini masyarakat kita sering menilai dan membedakan sesama dengan rupa paras dan fizikal,  seandainya saja manusia di dunia ini mampu melihat hati budi seseorang dan bukannya wajah semata, Mary ann seharusnya di gelar sebagai “wanita yang tercantik di dunia”.