Terdapat 10 Jenis Bahayanya Gajet Pada Anak-anak


10 BAHAYA GAJET PADA ANAK

Terdapat 10 Jenis Bahayanya Gajet Pada Anak-anak.. 

1. Bantut tumbesaran otak.

Kajian oleh Universiti of Washington, sebelum kanak-kanak boleh bercakap, otak mereka membesar 3 kali ganda.  Banyak proses pembelajaran berlaku sebelum usia 5 tahun. Gadget tidak diperlukan dalam perkembangan otak kanak-kanak dan boleh dilakukan melalui bercakap dengan mereka dan bacakan buku.

2. Gangguan sistem kognitif. 

America Academy of Pediatrics(AAP), mengatakan tiada rancangan pendidikan untuk kanak-kanak dibawah 2 tahun kerana mereka tidak mempunyai keupayaan kognitif untuk memahami program tersebut.  Rancangan ini boleh menggangu proses mula bercakap untuk kanak-kanak kerana mengganggu masa ‘berborak’ antara ibu bapa dan anak.

3. Perkembangan fizikal terbantut. 

John Ratey, seorang doktor di Harvard, menjelaskan dalam bukunya, Spark: The New Revolutionary Science of Exercise and the Brain, bahawa kelebihan bermain walaupun selama 10 minit aktiviti fizikal mampu mengubah cara fungsi otak. Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun menghabiskan lebih banyak masa di depan skrin dan bukan bermain di luar rumah.

4. Anak lebih agresif. 

Sesetengah permainan yang terdapat di internet mengambarkan seks, pembunuhan, penyeksaan dan kecacatan yang boleh membuat kanak-kanak ganas dan agresif.

5. Sukar tidur. 

Skrin telefon mengeluarkan bluelight yang menggangu pengeluaran hormon melatonin iaitu hormon mengawal tidur dan bangun kita. Prof Dr Muhaya mencadangkan,sejam sebelum masa tidur,jauhkan anak-anak dari apa-apa gajet untuk mendapat tidur yang kualiti.

6. Obesiti. 

Terlalu selesa bermain gajet yang sudah pasti hanya duduk diam dan menyebabkan anak kurang bergerak. Jika berterusan,risiko obesiti akan meningkat.

7. Kurang bersosial. 

Terlalu fokus dengan gajet hingga tidak hiraukan keadaan sekeliling.Tak hiraukan siapa yang datang dan tak dengar siapa yang tegur.

8. Risiko barah otak. 

Radiasi telefon diklasifikasikan sebagai “Kemungkinan Karsinogenik Terhadap Manusia” oleh WHO. Lebih teruk, kanak-kanak menyerap lebih 60% radiasi ke dalam otak disebabkan kulit otak, tisu-tisu dan tulang yang lebih nipis.

9. Ganguan Psikologi. 

Kanak-kanak yang menghabiskan lebih daripada 32 jam di depan skrin atau media lain lebih cenderung mengalami masalah psikologi. Ini termasuk kemurungan kanak-kanak, kecemasan, defisit perhatian dan tingkah laku kanak-kanak yang bermasalah.

10. Rosak penglihatan. 

Kesan penggunaan gajet keatas mata anak seperti pengliahatan kabur,rabun jauh,mata kering dan rosak saraf mata disebabkan sinar UV.