Penjelasan KWSP Berkenaan Isu Pengeluaran Ke Pihak Ketiga


Pada bulan 3/ 2021, min telah dihubungi oleh wakil daripada KWSP Corporate Affairs Department bagi membantu pihak KWSP untuk menjelaskan isu yang telah tular melibatkan permohonan pengeluaran caruman KWSP oleh pihak ketiga iaitu bukan ahli caruman yang sebenar.

Rujukan isu tular;


Berdasarkan isu yang telah tular, ada pihak ketiga iaitu kenalannya yang telah menyalahgunakan data peribadi mangsa dan telah memohon pengeluaran i - Sinar tersebut.

Daripada penjelasan yang diberikan oleh wakil KWSP CAD, ada beberapa langkah pengeluaran bila mana milikan akaun bank untuk dimasukkan duit caruman/ pengeluaran i - Sinar tidak sama dengan maklumat ahli. Contohnya nama ahli dan nombor kad pengenalan serta akaun bank yang diisi berbeza dengan nama dan akaun bank yang duit pengeluaran i - Sinar tersebut ingin dimasukkan.

Apabila tidak sama. Pihak KWSP tidak akan atau tidak dapat memasukkan duit pengeluaran i - Sinar tersebut ke dalam akaun yang dipohon/ diisi (akaun pihak ketiga). Jadi pihak KWSP akan menghantar cek pengeluaran i - Sinar di alamat ahli. Maklumat yang tertera di cek tersebut adalah maklumat ahli, dan bukannya maklumat pihak ketiga. Contohnya seperti nama dan lain lain yang perlu.

Jika pihak ketiga yang menperolehi cek tersebut sekali pun, cek tersebut tidak akan dapat ditebus/ ditukarkan kepada duit di bank.

Min berharap, dengan adanya penjelasan daripada pihak KWSP ini, korang semua dapat memahami keselamatan sistem KWSP yang sebolehnya menjaga kepentingan ahli daripada penyelewengan pihak ketiga.

Min ingin mengucapkan TERIMA KASIH kepada wakil daripada KWSP Corporate Affairs Department iaitu Puan Abby, dan Encik Abu kerana memberikan penjelasan sebaiknya kepada min untuk dikongsikan kepada rakyat Malaysia/ ahli yang mencarum di dalam KWSP.

Harapan min, semua ahli caruman KWSP dapat memberikan sepenuhnya kepercayaan kepada KWSP dalam menjaga caruman ahli daripada dikeluarkan oleh pihak ketiga. #abampenguatkuasa