Sejarah Batu Meteorit Hoba


Meteorit Hoba adalah meteorit terbesar dunia yang terletak di negeri Otjozondjupa, Namibia. Berat meteorit ini adalah 60 tan dan tidak pernah dialihkan sejak ia terhempas.

Meteorit yang terkandung dari 84% besi ini menghempas Bumi pada 80,000 tahun dulu dan ia tidak meninggalkan kawah yang ketara kerana atmosfera Bumi pada ketika itu melambatkan kelajuan meteorit.

Tahun 1920, petani bernama Jacobus Hermanus Brits menemui meteorit ini secara tidak sengaja ketika membajak tanamannya. Pada 15 Mac 1955, meteorit Hoba diwartakan sebagai ‘monumen negara’ bagi mengelak vandalisme berlaku ke atas meteorit itu. 

Masuk tahun 1988, kerajaan Namibia menjadikan meteorit Hoba dan kawasan sekitarnya sebagai lokasi perlancongan untuk pelancong datang melihat sendiri meteorit terbesar dunia ini.