Rayan Oram, kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang terjatuh dan terperangkap di dalam perigi sedalam 32 meter ditemui dalam keadaan tidak bernyawa oleh pasukan penyelamat Maghribi, hari ini.
Kanak-kanak malang itu terjatuh ke dalam terowong berkenaan sejak lima hari lalu, memaksa pasukan penyelamat bertungkus-lumus menjalankan operasi menyelamat namun ia berakhir dengan menyayat hati.
Rayan jatuh ke dalam perigi kosong sedalam 32 meter di kampung Ighrane yang terpencil di wilayah Chefchaouen, Selasa lalu.
Perigi yang hanya seluas 45 sentimeter itu terlalu sempit untuk penyelamat turun menyelamatkan kanak-kanak itu dan meluaskannya terlalu berisiko, sekali gus jentera membuat cerun ke dalam bukit untuk menyelamatkan kanak-kanak itu dari bahagian tepi.
Namun, operasi itu menjadi bertambah rumit disebabkan campuran pelbagai jenis batu dan tanah berpasir, sekali gus meningkatkan risiko tanah runtuh.
Sumber Berita Harian.