Puisi Suara Yang Tidur Di Hujung Telefon


Malam jauh, menjauh 
di hujung telefon tertinggal suaramu 
hela nafas tenang dalam tidur 
dan aku yang masih menunggu, 

aku selalu berharap agar mimpimu manis selalu, terlalu. 

Hingga luka-luka lamamu hilang 
dan semuanya jadi baru, 
aku pernah melihatmu tidur 
dan buat pertama kalinya 
aku langsung tak mahu terlena.