Peta Semenanjung Malaysia Tahun 1587


Peta Semenanjung Melaka (Semenanjung Malaysia) yang berusia 434 tahun yang dipetik daripada Atlas of Joan Martines tahun 1587. 

Atlas ini terdiri daripada 19 buah peta iaitu merangkumi carta nautika, peta kawasan serantau dan juga peta dunia. Nama tempat di dalam peta ini ditulis dengan huruf Gothic dengan menggunakan dakwat berwarna merah dan hitam.

Kebanyakan peta yang dihasilkan di dalam atlas ini mempunyai kompas besar yang menunjukkan 16 atau 32 arah dan juga terdapat beberapa peta menggambarkan kapal yang sedang belayar di lautan.

Martines, J. (1587) Atlas of Joan Martines. Retrieved from the Library of Congress.