Perbezaan Kampung Kerinci Tahun 2005 Dan 2022


Dahulunya Kampung Kerinci, sekarang Bangsar South. Perbezaan senario sebelum dan selepas pembangunan pesat di jalan utama perumahan 'SetinGarden' dan kawasan sekitarnya.

Masih di simpan rapi untuk tatapan generasi. Kenangan pahit manis rumah terbakar sebanyak 4 kali. Berjiran dengan warga asing seberang hinggakan pandai la juga sikit-sikit cakap slang diaorang. Giliran rumah aku tadah air setiap malam jam 10. Terlupa tadah esoknya mandi pagi kena bajet.

Dan pastinya ramai yang masih ingat pasar malam hari Jumaat, bengkel moto lejen Aziba, roti canai Lan, jejembat pintas ke Bangsar dan mandi kolam di Vista Angkasa.