Nak Mintak Naik Gaji? Ini Caranya


ARE YOU SURE YOUR EXPECTED SALARY IS CORRECT?

Al-kisah, saya panggil seorang candidate untuk ditemuduga. Candidate ni sudah mempunyai pengalaman 3.5 tahun. Dan macam biasa, saya akan tanya soalan2 yang releven dengan jawatan yg dipohon berdasarkan pengalaman yang dia ada. The candidate was good. 
So, tiba masanya untuk discuss bab “expected salary” yang biasanya, it will be deal breaker or not antara candidate dengan bakal majikan.

Sesi perbincangan pun bermula:

Saya: How much your salary in current company and kenapa you mintak expected salary RM4,200?
Candidate: Current salary saya RM3,500 dan saya demand RM4,200 disebabkan kebolehan dan pengalaman yang saya nyatakan semasa technical interview sebentar tadi.
Saya tersenyum, sebab saya juga pernah menjadi pekerja dulu and I was job hopper as well😬😬. Itu jawapan yg sgt cliche. Seorang pekerja tidak akan meninggalkan company itu tanpa sebab.Maka saya merasakan faktor gaji yang menyebabkan candidate ini mencari peluang lain. Maka saya tanya question seterusnya untuk memastikan jangkaan saya betul. 
Saya: Ok..Boleh saya bertanya lebih details tentang monthly expenses you setiap bulan?

(Muka candidate agak terpinga2. Maybe ini 1st time interviewer tanya soalan sedemikian).

Candidate:  Erm…saya ada kereta, saya kena bayar RM375 sebulan, then saya ada 2org anak ke pengasuh, RM160 sebulan and bla2…
Saya jot down semua monthly expenses candidate tersebut dan saya suruh dia tunggu di luar bilik temuduga. Saya totalkan semua expenses candidate tersebut dan hasilnya RM3,155. 
Now saya tau kenapa dia start cari kerja lain. Pendapatannya TIDAK SEJAJAR dengan monthly expenses nya..sebab mengikut kiraan saya, net salary (selepas ditolak EPF, Socso, PCB) lebih kurang RM3,080 tapi monthly expensesnya RM3,155!!
Sedih saya mengenangkannya, mesti dia tidak dapat bagi duit bulanan kepada ibu bapanya😢.

Bagaimana pula dengan simpanan?? Maybe diluar dari kamus kehidupannya. 
OK, apabila saya selesai membuat segala note dalam “job interview evaluation form”, saya panggil semula candidate tu masuk ke dalam bilik temuduga. Saya bertanya dia soalan seterusnya.
Saya: Saya dah buat sedikit analysis dan saya nak tanya you soalan yang terakhir. ARE YOU SURE YOUR EXPECTED SALARY IS CORRECT?

(Sekali lagi muka dia berubah, maybe dia rasa dia demand agak tinggi)

Candidate: Yes, I’m sure with my salary expectation.
Saya: OK, we done our interview. We will contact you soon. Hope you will be patient waiting the interview result ya…

Kami pun berjabat tangan. 
Untuk manfaat pekerja2 yang mahu mencari kerja. Saya kongsikan note yang saya buat didalam form "job interview evaluation" company saya:

//Quote//
Candidate demonstrate good technical and soft skills. However, considering candidate live in Rawang and further input on expected basic monthly expenses as follow:

Car Installment: RM375/month
Toll: RM320/month 
Fuel: RM400/month
Meal@office: RM 200/month
Monthly Grocery: RM700/month
Child: RM160/month
House rental: RM700/month
Utilities Bill: RM300/month
Total: RM3,155

Previous Salary: RM3,500
Expected Salary: RM 4,200 (20% increase from previous salary)

Net salary after deduction (EPF, Socso, PCB, Zakat) on expected salary: approx. RM3,590

Conclusion: Expected salary not sufficient.
Recommended salary: RM4,800 (net RM 4,060)

*Subject to BOD budgetary meeting approval.
//Unquote//
Sebagai majikan, tanggungjawab saya adalah untuk memastikan pekerja saya cukup dari segi psychological & safety needs nya. 

(Nak tahu lebih lanjut, anda boleh baca Maslow's hierarchy of needs). 
Jika basic needs dipenuhi, psylogical pekerja saya akan healthy. Dan ini akan menyumbang kepada produktiviti company.
So, nasihat saya. When you trying to demand new salary, please calculate up to NET SALARY bukan GROSS SALARY. By the end, NET SALARY adalah duit yang akan bring back home for your family.

Moga bermanfaat☺️

#interview #caranakdemandgaji #tanggungjawabmajikan