Kerajaan Akan Memperketatkan SOP Jika Kes Covid-19 Melonjak


Kerajaan dijangka akan memperketatkan semula prosedur operasi standard (SOP) sekiranya kes melibatkan penularan pandemik Covid-19 semakin meningkat dari masa ke semasa.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes baharu pada Sabtu adalah 9,117 kes yang merupakan rekod tertinggi dalam tempoh tiga bulan.

Menurutnya, ia sekaligus menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,904,131 kes. Peningkatan jumlah angka kes tersebut mencetuskan kebimbangan rakyat di negara ini.

Tambahan pula, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerusi ciapan Twitter pada Sabtu berkata, kes baharu Covid-19 berkemungkinan akan meningkat mendadak dalam tempoh beberapa minggu lagi. Ujarnya, jangkaan itu berdasarkan kadar jangkitan yang tinggi daripada gelombang varian Omicron pada ketika ini.

Sumber Sinar Harian