Kegiatan Pelacuran Di Sungai Petani Tumpas

Sepasukan polis dari JSJ IPD Kuala Muda telah membuat serbuan di sebuah rumah yang dipercayai menjalankan aktiviti pelacuran di daerah Sungai petani. 

Seorang lelaki (mak nyah) yang mengaku sebagai  ibu ayam kepada sindiket pelacuran itu telah ditangkap bersama dengan 2 orang pekerja wanitanya dan 4 orang lelaki yang dipercayai pelanggan.

Sindiket ini melakukan promosi kegiatan tidak bermoral ini dalam aplikasi media sosial.

Gambar-gambar adalah dari sumber Pages Facebook Polis Kedah