Janakuasa Kenyir TNB Berada Pada Paras Terkawal


Untuk makluman, paras air di Empangan Hidro di Stesen-stesen Janakuasa Kenyir TNB berada pada paras terkawal dan di bawah paras limpah pada 27 Februari 2022. 

Pemantauan secara berterusan sedang dijalankan dan maklumat yang berkaitan disalurkan kepada pihak berkuasa secara berkala.

Orang ramai dinasihatkan supaya mendapatkan maklumat yang sahih melalui saluran rasmi TNB di Facebook TNB Careline atau Twitter Tenaga_Nasional.