Antara Anjing Dan Cheetah


Dalam 1 pertandingan kelajuan, seekor Cheetah diletakkan bersama beberapa ekor anjing yg garang dan kuat. Saat kesemuanya dilepaskan daripada rumah pemula, anjing-anjing itu berlari laju, cuba meninggalkan satu sama lain.

Anehnya kelihatan Cheetah tidak bergerak langsung dari rumah pemulanya. Apabila ditafsir fenomena ini, ketahuilah kita bahawa Cheetah menggunakan kepantasannya untuk memburu bukannya untuk menunjukkan kepada anjing siapa yg lebih pantas.

Begitulah kehidupan ini...

Kadang-kadang kita tak perlu cerita kepada orang lain apa yg kita miliki, bangga diri dgn kelebihan yg kita ada dgn niat merendahkan orang lain.

Cukuplah sekadar kita tahu bahawa kita ada keupayaan dan kekuatan untuk laksana perkara-perkara penting dalam hidup kita. Sesuai dgn fitrah kejadian kita.